Followers

Sunday, June 3, 2012

Hingga ke Akhirnya


salam PERPADUAN salam 1 Malaysia (ayat nak gempak je kau kiah oi!)... woott woott dh lama gila tak UPDATE blog... Sorry tak da masa sebenarnya... sibuk dengan praktikal (bertambah bajet kau kiah! miahaha)... padahal ONLINE facebook boleh je.. okey kembali kepada MOOD serius, serius aku busy kali ini....  SEBAB? satu aku dh SEMESTER akhir kat UITM so, banyak benda kena setel.. dua, aku praktikal kat PENANG so last-last baru kelibut nak siapkan THESIS... tiga, x da sebab dah kot :P

Hari KHAMIS aku balik SHAH ALAM.... malam tu pergi beli baju untuk Malam Pra Graduan kat BRICKFIELDS pastu lepak kat kampung baru makan  WESTERN.. hari ISNIN dan SELASA ada program finishing SCHOOL kat DEWAN ANNEXE untuk semua student semester akhir... perasaan tu GEMBIRA sebab dh berbulan tak jumpa dengan CLASSMATE.... seolah-oleh kemesraan nak terbentuk kembali...

.:.: finishing school with adib, khalil, ayie and din :.:.

hari RABU ada Majlis Pra Graduan untuk pelajar SEMESTER akhir degree dan diploma... dengar cerita KONVOKESYEN bulan 10 (wahhh, awalnyer!).. so nak tunggu bulan 10 memang lama lagi la nak jumpa KAWAN-KAWAN... malam tu aku lambat pergi sebab petang ada hal.. (ngada kau kiah! hahaha).. tak sempat nak BERLILIN-lilin lak dengan diaorang... sorry korang...

bila masuk je DEWAN kat DE' palma tu, mata terus terpegun... (wahhhh cantik-cantik dan hensem-hensem betul budak-budak ni).. aku jadi malu nak masuk sebab aku x superb macam diaorang... tapi rasa TERUJA mengatasi segalanya... teruja dapat jumpa diaorang, CLASSMATE susah senang..

.:.::::::::::: sepanjang MPG :::::::::::.:







p/s: aku sayang korang walaupon kita jarang bersua :::::: aku sayang korang walaupon aku pasti aku jarang hubungi korang ::::: aku sayang korang walaupon kita jauh seantara.... GUYS! terima kasih sebab bagi aku SUPPORT saat aku kesedihan, saat aku mengalami kekeliruan dan saat aku mengalami kebenaran yang menyebabkan aku terluka... walaupon aku tak hubungi korang, tak bermaksud aku lupakan korang... INGAT! aku sayang KORANG... jumpa lagi nanti.. nama korang tak kan pernah hilang dari HIDUP aku selagi ALLAH SWT izinkan..

1 comment:

Anonymous said...

stiap knangan manis pasti trasa skjap je ia hdir....tpi walaupon seketika...ia mbawa seribu makna dlm hidup kita....itulah yg akn dibawa hgga ke mati.....

\
Daisypath Anniversary tickers